Tuesday 3 January 2012

PRA MAJLIS PERKAHWINAN DI UMBAI, MELAKA DIS 2011

0 comments
Kumpulan Kesenian Kompang Sinar 12 Cawangan Taman Bunga Raya telah menerima jemputan ke Majlis Perkahwinan Cikgu Hezry dan Cikgu Noraisyah di Umbai, Melaka pada awal Disember 2011. Pasukan Kompang Sinar 12 telah disertai oleh 15 orang ahli bersama 2 orang Jurulatih dan 2 orang guru pengiring iaitu Cikgu Noraini Hairuddin dan Cikgu Fakharuddin. Mereka telah berangkat dengan 2 buah kereta dan 1 van.




Perjalanan ke Melaka dimulakan dengan lawatan ke Bandaraya Bersejarah di Melaka dikawasan Dataran Pahlawan. Ahli-ahli kompang berserta jurulatih dan guru mengambil kesempatan menaiki Menara Taming Sari bagi menikmati panorama bandaraya bersejarah Melaka dari atas. Dan diikuti dengan lawatan ke Muzium Samudera dan Muzium Melaka. Pengalaman yang baru bagi ahli-ahli kompang yang rata-ratanya adalah adalah kali pertama mengunjungi Melaka. Perjalanan menyusuri galur sejarah Melaka dan Malaysia cukup menakjubkan dan memberi pengetahuan yang cukup mendalam kepada ahli-ahli kompang.



































Setelah penat berjalan-jalan di Bandaraya Bersejarah Melaka, kesemua ahli kompang terus bergerak ke Pengkalan Balak untuk menginap dan berehat. Alhamdullilah, dengan bantuan rakan seguru kompang cikgu Rizal iaitu En Mohd Ali Hafizi yang kini berkerja di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, maka kami dapat menginap di Chalet yang cukup selesa. Rehat itu penting dan mesti cukup kerana esoknya ada majlis perkahwinan.


Pada pagi keesokannya selepas sembahyang Subuh berjemaah, ahli-ahli kompang mengambil kesempatan untuk bermandi laut sambil dipantau oleh Cikgu Rizal, Cikgu Hairuddin, Cikgu Fakharuddin dan En Khairuddin. Selain itu ahli-ahli cuba menepuk tangan didalam air mengikut paluan kompang sambil menyanyi lagu-lagu zikir Sinar 12 seperti Zikir Wajib, Dunia, Rukun Islam dan Hassan Soma Hussin. Ini merupakan pengalaman baru bagi ahli kompang disamping melakukan sedikit terapi motor didalam air.

Selain itu pengalaman ditanam dalam pasir juga turut disertai oleh adik Noh, Nadzrul dan Rafiq yang diselang seli dengan gelak tawa yang cukup menghiburkan semua yang ada.














Setelah tamat masa bermain dalam air dalam pukul 8.15 pagi, ahli-ahli naik ke pantai untuk bersarapan, membersihkan diri dan bersiap-siap untuk bertolak ke Majlis Perkahwinan di Umbai, Melaka.

Monday 2 January 2012

MAJLIS PERKAHWINAN DI KUALA KANGSAR, PERAK

0 comments







Ini adalah jemputan yang terjauh yang diterima oleh Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya. Pasukan kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya terdiri dari 9 orang ahli yang turut diiringi oleh Cikgu Ismail (Pengerusi Pusat Komuniti Taman Bunga Raya), Cikgu Rubiah Abd Razak dan Cikgu Rizal. Kenderaan yang dinaiki adalah kenderaan Cikgu Ismail (Proton Exora) dan kenderaan Cikgu Rizal (MyVi).














Persembahan kompang di Kuala Kangsar juga telah menarik perhatian masyarakat disana kerana persembahan yang unik disertakan dengan gerak tari, lagu-lagu moden yang disesuaikan dengan paluan kompang, dan zikir-zikir Sinar 12 yang diikuti dengan paluan kompang yang cukup meriah.




Paling menarik perhatian adalah persembahan adik Muhammad Izuan (8 tahun) yang bermain gendang Jidur sambil menari. Adik Izuan telah menjadi artis sekejap dengan perhatian lensa kamera tetamu-tetamu yang hadir ke Majlis Perkahwinan ini.


Selain itu terdapat juga seorang ahli Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya yang merupakan 'Orang Kelainan Upaya' (OKU) iaitu adik Muhammad Halil (14 tahun) yang turut serta memalu kompang dan membuat persembahan dihadapan pengantin.




Pasukan Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya mengucapkan jutaan terima kasih diatas jemputan ini yang memberikan pengalaman yang berbeza buat ahli-ahli kompang berbanding sebelum ini.





Apa pun, kesemua ahli kompang dan cikgu-cikgu yang turut sama berasa sungguh gembira dan bangga sekali diatas sambutan dan layanan masyarakat disana. Alhamdullilah.