Monday 2 January 2012

MAJLIS PERKAHWINAN DI APARTMENT CEMPAKA NOV 2011





Majlis kali ini agak istimewa sikit. Ini adalah kerana pihak pengantin telah meminta lagu-lagu yang lain dari biasa yang dimainkan oleh pihak Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya. Antara lagu-lagu yang diminta sendiri oleh kedua pengantin adalah satu lagu boria, lagu 3 kata (KRU) dan satu patriotik.

Cikgu Rizal telah mengubah pukulan kompang untuk disesuaikan dengan lagu permintaan itu dan diadakan gerak tari khas mengikut lagu tersebut. Lagu-lagu yang telah digubah adalah 'Boria Pengantin', 3 Kata dan lagu 'Bahasa Jiwa Bangsa'.

Selain itu pasukan kompang Sinar 12 turut memainkan lagu 'Selamat Pengantin Baru', 'Lemak Manis', 'Zikir Wajib' dan 'Dunia'. Persembahan pasukan kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya telah menjadi perhatian kerana lagu-lagu moden disesuaikan dengan pukulan kompang dan terdapat anak-anak remaja yang turut menyanyi bersama-sama paluan kompang. Antara lagu yang menjadi perhatian adalah lagu 3 Kata.

Alhamdullilah, selepas persembahan kompang, Cikgu Rizal dan En Khairuddin telah menerima banyak permintaan keahlian baru yang rata-ratanya terdiri dari anak-anak remaja.

0 comments:

Post a Comment