Monday 2 January 2012

MAJLIS PERKAHWINAN DI KUALA KANGSAR, PERAK








Ini adalah jemputan yang terjauh yang diterima oleh Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya. Pasukan kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya terdiri dari 9 orang ahli yang turut diiringi oleh Cikgu Ismail (Pengerusi Pusat Komuniti Taman Bunga Raya), Cikgu Rubiah Abd Razak dan Cikgu Rizal. Kenderaan yang dinaiki adalah kenderaan Cikgu Ismail (Proton Exora) dan kenderaan Cikgu Rizal (MyVi).














Persembahan kompang di Kuala Kangsar juga telah menarik perhatian masyarakat disana kerana persembahan yang unik disertakan dengan gerak tari, lagu-lagu moden yang disesuaikan dengan paluan kompang, dan zikir-zikir Sinar 12 yang diikuti dengan paluan kompang yang cukup meriah.




Paling menarik perhatian adalah persembahan adik Muhammad Izuan (8 tahun) yang bermain gendang Jidur sambil menari. Adik Izuan telah menjadi artis sekejap dengan perhatian lensa kamera tetamu-tetamu yang hadir ke Majlis Perkahwinan ini.


Selain itu terdapat juga seorang ahli Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya yang merupakan 'Orang Kelainan Upaya' (OKU) iaitu adik Muhammad Halil (14 tahun) yang turut serta memalu kompang dan membuat persembahan dihadapan pengantin.




Pasukan Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya mengucapkan jutaan terima kasih diatas jemputan ini yang memberikan pengalaman yang berbeza buat ahli-ahli kompang berbanding sebelum ini.





Apa pun, kesemua ahli kompang dan cikgu-cikgu yang turut sama berasa sungguh gembira dan bangga sekali diatas sambutan dan layanan masyarakat disana. Alhamdullilah.

0 comments:

Post a Comment