Sunday 1 January 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG KESENIAN KOMPANG SINAR 12 TAMAN BUNGA RAYA

 

 





Assalamualaikum wbt

Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya telah ditubuhkan secara kecil-kecilan pada 1 Disember 2010 dikawasan perumahan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Pasukan ini bermula dengan penyertaan ahli seramai 12 orang yang terdiri dari kanak-kanak yang berusia 10 tahun hingga 13 tahun pada waktu itu. Kumpulan ini dilatih oleh 2 orang jurulatih iaitu Cikgu Rizal dan En Khairudin.



Bemula Januari 2011, Pasukan Kompang ini telah mengorak langkah dengan mendapat latihan langsung daripada En Arifin, Jemaah Guru Kesenian Kompang Sinar 12 Seri Menanti di Kampung Pasir, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Latihan diadakan dikawasan parking kenderaan di PPR Kg Pasir pada hari rabu. Cikgu Arifin dibantu oleh Kak Ana (isteri En Arifin) dan anak-anaknya (shaffiq dan Ji Jie) serta saudara harun (senior kompang sinar 12 kg pasir).



Pelajaran kompang dimulakan dengan cara pukulan asas kepada ahli-ahli yang masih muda lagi. Dengan dibantu oleh En Khairuddin (anak murid En Arifin dan Kak Ana) serta Cikgu Rizal, pasukan ini terus maju dengan nyanyian serta pukulan 'zikir wajib', 'Selamat Pengantin Baru', 'Dunia', 'Rukun Islam', 'Hassan Soma Hussin' dan zikir-zikir yang lain.



Bermula tahun 2011, pasukan ini juga mendapat sentuhan kreatif yang mana turut memainkan lagu-lagu moden seperti 'Seloka Mak Andam', 'Aspalela', 'Boria Pengantin','Lemak Manis', 'Tiga Kata', 'Lelaki Seperti Aku', 'Kalau Berpacaran', 'Brown Girl in The Ring', 'Pop Yeh Yeh', 'Zapin Ya Salam Johor' dan sebagainya.



Pasukan Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya juga turut menerima jemputan bermain kompang di Majlis-majlis perasmian, Majlis Berkhatan, Majlis Perkahwinan, Majlis Persaraan dan sebagainya. Pasukan ini mula menjadi popular dikawasan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, kerana menyampaikan lagu-lagu zikir, moden dan dipersembahkan bersama gerak tari mengikut lagu.



Ia menjadi perbualan masyarakat disini dan juga remaja kerana keunikannya tersendiri dalam mempersembahan kesenian kompang bersama tarian yang cukup menghiburkan. Kini, keahlian Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya telah berkembang sehingga mencecah 40 orang ahli yang aktif.



Pada peringkat permulaan, pasukan ini tidak mempunyai kompang. Hanya ahli-ahlinya membeli kompang sendiri dan bagi ahli yang tidak mempunyai kompang, terpaksa meminjam dari kawan yang mempunyai kompang. Namun, sokongan yang diberikan oleh ibubapa ahli membolehkan pasukan kompang ini membeli 10 biji kompang 'second-hand' yang perlu diservis untuk menghasilkan bunyi yang baik. Justeru itu, ia membolehkan ahli-ahli yang tidak mampu membeli kompang sendiri, mengadakan latihan bersama bagi memantapkan lagi kemahiran bermain kompang.




Pada musim cuti sekolah, Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya telah menerima banyak jemputan dan ini membolehkan ianya berkembang lagi. Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya berupaya menambah kompang dan alat muzik serta pakaian baju melayu dan t-shirt bagi mempersembahan lagu-lagu kompang. Sehingga kini, pasukan ini mempunyai 1 Jidur, 40 kompang pelbagai jenis dan 5 kompang fiber untuk digunakan dalam latihan untuk ahli-ahlinya.

Semoga Kesenian Kompang Sinar 12 Taman Bunga Raya akan terus maju bagi memartabatkan seni budaya kompang melayu.

Aminnnn..

0 comments:

Post a Comment